Sunday, June 20, 2010

PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka,bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ....bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif...itu salah. Jika dia bijak & menang dalam sebarang pertandingan sekolah , ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun , jadikan kawan.Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan & ini menyebabkab anak derhaka.Yang penting anak-anak harus dilatih solat jemaah bersama , latih cium tangan dan peluk dengan penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak derhaka.Kebanyakan anak-anak yg lari daripada rumah, ia adalah berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu sudah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran & rumahnya. Boleh disuruh, tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

Mungkin ibubapa punya alasan tidak rapat dgn anak-anak kerana sibuk .Kita boleh cuba cara lain , balik di tengah malam , anak-anak sudah tidur , pergi bilik & cium dahinya.Hubungan rohani tetap subur , walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran , pemarah & ada kuasa veto kepada mereka , jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.

Yang penting ibu bapa sentiasa mendoakan kecemerlangan anak-anak , dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment