2) Bersangka baik dengan Allah,bahawa pasti ada kebaikan atau hikmah di sebalik musibah.
3) Jangan sekali-kali lupa berzikir,istigfar dan perbanyakkan ibadah.
4) Kelazatan dunia boleh bertukar menjadi musibah dan sebaliknya musibah juga boleh bertukar menjadi nikmat.
5) Apabila ditimpa musibah juga ingatlah bahawa Allah masih mengingati kita.
6) Padam api musibah dengan memandang kepada orang lain yang juga ditimpa musibah.Dengan berbuat demikian musibah yang menimpa akan terasa ringan.
7) Jangan mengeluh. Sesungguhnya orang yang mengeluh saat ditimpa musibah ialah orang yang paling cintakan dunia.
8) Lihatlah musibah dengan mata hati. Mata hati akan melihat kepahitan musibah di dunia sebagai kemanisan di akhirat kelak.
9) Allah berfirman "Hai orang beriman , jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar".Amalkan sikap bersabar ketika musibah menimpa, pasti kita akan tergolong dalam golongan yang bersama-sama Allah.
10) Bandingkan musibah dunia dengan musibah akhirat.Yang manakah lebih besar?Bandingkan juga andai hilang nikmat dunia dan nikmat akhirat, manakah yang terasa ringan?
11) Ingatlah bahawa tanpa musibah , manusia akan sombong seperti firaun.Oleh sebab itu Allah turunkan musibah sebagai ubat penyakit hati.
(Dipetik dari: Solusi ,isu 19)
No comments:
Post a Comment