Sunday, June 20, 2010

KHASIAT SURAH AL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Mekah & bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu & lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad saw kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan :
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher , InsyaAllah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah2an Allah s.w.t. memberi kita ilham akan di mana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000 kali, moga-moga rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Wallahualam

No comments:

Post a Comment