Di satu majlis cukur jambul , aku berjumpa dengan sepupuku yang bekerja di Menara Kembar Petronas.Apabila ditanya apakah aku sekeluarga pernah menaiki Skybridge , aku mengaku belum pernah menaikinya.Sebagai warga negara sepatutnya kita bangga dengan mercu tanda yang terkenal di mata dunia.Pelancong asing yang datang biasanya tentu tidak melepaskan peluang untuk menaikinya, sedangkan warga tempatan sepertiku masih belum mengalaminya.
Atas kesedaran itu , apabila anak-anak menyuarakan untuk ke KLCC pada waktu cuti persekolahan aku terus bersetuju.Tambahan pula sepupuku sudah menyatakan kesediaan untuk membelikan tiket sekiranya kami ingin menaiki Skybridge.
Sehari sebelum ke sana , aku menelefon sepupuku untuk meminta pertolongan untuk membelikan tiket.Malangnya , katanya jika ingin dibelikan tiket , kami harus menempahnya 5 hari sebelum hari yang dirancangkan.
Aku tiada pilihan , selain ke sana dan membeli tiket pada hari tersebut juga.Bagaimanapun sepupuku sudah berpesan agar kami pergi awal kerana biasanya orang ramai beratur untuk membeli tiket dan jika lewat kemungkinan tiket untuk hari tersebut sudah habis.Dia berpesan lagi kami perlu ada di sana paling lewat pukul lapan pagi.Jika sampai pukul sembilan kemungkinan besar sudah kehabisan tiket.Akupun berpesan pada anak-anakku untuk bangun awal, paling lewat kami perlu bertolak dari rumah pukul tujuh pagi.
Pada malam sebelumnya aku melayari website mengenai lawatan ke Skybridge.Terdapat tiga pakej pilihan.Pakej pertama ialah menaiki Skybridge yang terletak di level 41.Orang dewasa dikenakan bayaran RM10 seorang manakala kanak-kanak RM3 seorang.Pakej ke-dua ialah menaiki Skybridge , seterusnya naik hingga ke level 86.Bayarannya RM40 bagi orang dewasa manakala RM20 bagi kanak-kanak.Pakej ke-tiga adalah untuk ahli sahaja , bayarannya pula lebih mahal.
pada 3 Jun 2011 , pukul tujuh pagi kami bertolak seperti dirancang.Belum sampai lima minit bertolak , aku dapati ada anakku yang tidak membawa kad pengenalan , lalu aku berpatah balik untuk mengambilnya.Mana tahu nanti ia akan memerlukan kad pengenalan sebagai bukti warga negara (seperti pengalamanku ketika menaiki cable car menaiki Gunung Mat Chincang , Langkawi , satu ketika dulu).
Hari itu perjalanan ke sana agak lancar.Kami sampai kira-kira pukul 8 pagi , namun pada ketika itu orang ramai sudah beratur panjang.Kami segera menyertai mereka.Ketika beratur seorang polis bantuan di situ memberitahu , oleh kerana hari itu adalah hari Jumaat , tiket terhad untuk 500 pelawat sahaja.Dari perkiraanku orang ramai beratur di depan kami mungkin melebihi 400 orang.Aku kurang pasti adakah kami bernasib baik ataupun tidak.
Dalam kerisauanku , polis bantuan tersebut menawarkan diri untuk menolong membelikan tiket untuk kami.Katanya tidak perlulah kami beratur.Aku lantas menghulurkan wang padanya.Dia meminta kami menunggu di bahagian belakang.
Ketika jam menghampiri 9 pagi , tiket telah habis dijual.Seketika kemudian , polis bantuan tersebut datang dan menghulurkan tiket padaku.Aku mengucapkan terima kasih di atas pertolongannya.Lega kerana hasrat untuk menaiki menara pada hari itu akan tercapai.
Kami dijadualkan menaiki menara pada pukul 11 pagi.Sebelum itu kami dibawa ke dalam panggung mini yang menayangkan tayangan pendek berkenaan menara.
Setelah tamat tayangan , kami dibawa menaiki lif hingga ke level 41 , di mana letaknya Skybridge.Setelah bergambar di sana , kami dibawa manaiki lif sekali lagi untuk ke level 86.Dari sana pemandangannya begitu cantik , tambahan pula hari itu cuaca cerah.Ketika bergambar di suatu sudut , salah seorang pengawal di situ memberitahu , di menara yang bertentangan itu letaknya pajabat Tun Mahathir.Cuma kebiasaannya Tun hanya akan ke sana setiap hari Khamis sahaja.
Setelah puas bergambar , kami dibawa turun semula.Satu pengalaman yang manis buat kami yang berpeluang ke sana setelah 13 tahun menara berkembar itu dibina.Apapun aku amat berterima kasih pada polis bantuan yang telah menolong kami pada hari itu.Terima kasih PB Fajaxxx...
No comments:
Post a Comment