Di satu majlis cukur jambul , aku berjumpa dengan sepupuku yang bekerja di Menara Kembar Petronas.Apabila ditanya apakah aku sekeluarga pernah menaiki Skybridge , aku mengaku belum pernah menaikinya.Sebagai warga negara sepatutnya kita bangga dengan mercu tanda yang terkenal di mata dunia.Pelancong asing yang datang biasanya tentu tidak melepaskan peluang untuk menaikinya, sedangkan warga tempatan sepertiku masih belum mengalaminya.
Atas kesedaran itu , apabila anak-anak menyuarakan untuk ke KLCC pada waktu cuti persekolahan aku terus bersetuju.Tambahan pula sepupuku sudah menyatakan kesediaan untuk membelikan tiket sekiranya kami ingin menaiki Skybridge.
Sehari sebelum ke sana , aku menelefon sepupuku untuk meminta pertolongan untuk membelikan tiket.Malangnya , katanya jika ingin dibelikan tiket , kami harus menempahnya 5 hari sebelum hari yang dirancangkan.
Aku tiada pilihan , selain ke sana dan membeli tiket pada hari tersebut juga.Bagaimanapun sepupuku sudah berpesan agar kami pergi awal kerana biasanya orang ramai beratur untuk membeli tiket dan jika lewat kemungkinan tiket untuk hari tersebut sudah habis.Dia berpesan lagi kami perlu ada di sana paling lewat pukul lapan pagi.Jika sampai pukul sembilan kemungkinan besar sudah kehabisan tiket.Akupun berpesan pada anak-anakku untuk bangun awal, paling lewat kami perlu bertolak dari rumah pukul tujuh pagi.
Pada malam sebelumnya aku melayari website mengenai lawatan ke Skybridge.Terdapat tiga pakej pilihan.Pakej pertama ialah menaiki Skybridge yang terletak di level 41.Orang dewasa dikenakan bayaran RM10 seorang manakala kanak-kanak RM3 seorang.Pakej ke-dua ialah menaiki Skybridge , seterusnya naik hingga ke level 86.Bayarannya RM40 bagi orang dewasa manakala RM20 bagi kanak-kanak.Pakej ke-tiga adalah untuk ahli sahaja , bayarannya pula lebih mahal.
pada 3 Jun 2011 , pukul tujuh pagi kami bertolak seperti dirancang.Belum sampai lima minit bertolak , aku dapati ada anakku yang tidak membawa kad pengenalan , lalu aku berpatah balik untuk mengambilnya.Mana tahu nanti ia akan memerlukan kad pengenalan sebagai bukti warga negara (seperti pengalamanku ketika menaiki cable car menaiki Gunung Mat Chincang , Langkawi , satu ketika dulu).
Hari itu perjalanan ke sana agak lancar.Kami sampai kira-kira pukul 8 pagi , namun pada ketika itu orang ramai sudah beratur panjang.Kami segera menyertai mereka.Ketika beratur seorang polis bantuan di situ memberitahu , oleh kerana hari itu adalah hari Jumaat , tiket terhad untuk 500 pelawat sahaja.Dari perkiraanku orang ramai beratur di depan kami mungkin melebihi 400 orang.Aku kurang pasti adakah kami bernasib baik ataupun tidak.
Dalam kerisauanku , polis bantuan tersebut menawarkan diri untuk menolong membelikan tiket untuk kami.Katanya tidak perlulah kami beratur.Aku lantas menghulurkan wang padanya.Dia meminta kami menunggu di bahagian belakang.
Ketika jam menghampiri 9 pagi , tiket telah habis dijual.Seketika kemudian , polis bantuan tersebut datang dan menghulurkan tiket padaku.Aku mengucapkan terima kasih di atas pertolongannya.Lega kerana hasrat untuk menaiki menara pada hari itu akan tercapai.
Kami dijadualkan menaiki menara pada pukul 11 pagi.Sebelum itu kami dibawa ke dalam panggung mini yang menayangkan tayangan pendek berkenaan menara.
Setelah tamat tayangan , kami dibawa menaiki lif hingga ke level 41 , di mana letaknya Skybridge.Setelah bergambar di sana , kami dibawa manaiki lif sekali lagi untuk ke level 86.Dari sana pemandangannya begitu cantik , tambahan pula hari itu cuaca cerah.Ketika bergambar di suatu sudut , salah seorang pengawal di situ memberitahu , di menara yang bertentangan itu letaknya pajabat Tun Mahathir.Cuma kebiasaannya Tun hanya akan ke sana setiap hari Khamis sahaja.
Setelah puas bergambar , kami dibawa turun semula.Satu pengalaman yang manis buat kami yang berpeluang ke sana setelah 13 tahun menara berkembar itu dibina.Apapun aku amat berterima kasih pada polis bantuan yang telah menolong kami pada hari itu.Terima kasih PB Fajaxxx...
Maslina
Monday, January 23, 2012
Monday, May 9, 2011
Perjalanan umrah , sebagai tetamu Allah
Seperti biasa kelas pengajian mingguan di tempat kerja, ustaz menceritakan tentang haji dan umrah.Paling mengesankan pada suatu kelas ,ustaz mengatakan haji itu satu daripada rukun Islam.Ianya satu kewajipan pada setiap umat Islam yang berkemampuan.
Memang sebagai warganegara ini, kita terpaksa menunggu satu tempoh yang agak lama untuk mendapat giliran menunaikan haji disebabkan quota yang terhad setiap tahun.Bagaimanapun kita masih berpeluang untuk menunaikan umrah kerana ia boleh boleh dilakukan bila-bila masa dan tiada quota yang ditetapkan.Sekiranya kita sudah mampu tetapi tidak melaksanakan sesuatu yang menjadi kewajipan ke atas kita , dibimbangi segala amalan-amalan sunat yang dilakukan apakah Allah akan menerimanya?
Kita bersedekah , menderma , menggunakan wang pada perkara-perkara sunat, tetapi kita masih berhutang dengan Allah sesuatu yang menjadi kewajipan yang perlu didahulukan , apakah itu sesuatu yang wajar?
Atas kesedaran itu aku bertekad untuk pergi menunaikan umrah , memandangkan giliran untuk menunaikan haji masih jauh. Sekurang-kurangnya dengan menunaikan umrah , dapatlah aku mengetahui sedikit-sebanyak untuk aku bersedia kiranya giliran hajiku
sampai nanti.
Syukur , akhirnya tarikh 9-Mac-2011 merupakan tarikh bersejarah buat diriku , di mana ia merupakan tarikh penerbangan menuju ke rumahNya.Penerbangan Etihad Airways dari KLIA pukul 8:20 malam , sampai ke Abu Dhabi kira-kira 11:45 malam waktu tempatan (beza masa Malaysia dan Abu Dhabi lebih kurang 4 jam).Bermakna , perjalanan ke Abu Dhabi mengambil masa kira-kira 7 jam. Setelah singgah selama 2 jam di Abu Dhabi , kami berangkat ke Jeddah menaiki penerbangan pada pukul 1:50 pagi dan tiba di Jeddah kira-kira pukul 3:50 pagi.
Di sana kami berada untuk beberapa ketika sehingga masuk waktu Subuh lebih kurang 5:15 pagi.Oleh kerana tidak menemui surau, kami solat di tempat menunggu sahaja.Keadaan tandas di lapangan terbang amat sesak.Di situlah juga kami mengambil wuduk. Dalam keadaan sesak sedemikian aku menyedari ada yang mengambil wuduk dengan membuka paip sebesar-besarnya.Teringat aku akan suatu artikel yang menyatakan salah satu perkara yang mempengaruhi kekusyukan solat adalah penggunaan air semasa mengambil wuduk. Namun kerana tidak kenal , aku tidak punya kekuatan untuk menegur wanita itu yang mungkin boleh
kupanggil Mak Cik.Arghh..untuk perkara mudah sebegitupun aku tidak mampu ??
Setelah selesai urusan imigresen dan pengambilan barang , kami menunggu bas di luar lapangan terbang.Kira-kira pukul 8 pagi , bas yang ditunggu tiba.Kami menaiki bas dan bergerak menuju kota Madinah.Perjalanan dari Jeddah ke Madinah jaraknya kira-kira 476km.
Setelah melalui perjalanan yang di kiri kanan hanyalah bukit-bukit gondol yang tidak banyak tumbuhan dan tidak banyak penempatan , kami tiba di Madinah kira-kira pukul 2 petang. Dari kejauhan kelihatan masjid Nabawi . Terasa sayu dan terharu apabila akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke sana.Kami mendaftar masuk ke hotel Rose Medina , yang jauhnya kira-kira 5~600m dari masjid Nabawi.
Keesokan harinya kami dibawa ke Baqi' yang terletak di luar perkarangan masjid. Seterusnya kami berjalan menuju ke kubah hijau di mana di situlah di bawahnya terdapat makam Nabi Sallalahualaihiwassalam dan dua sahabat , Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a
dan Saidina Umar Al-Khattab r.a.Tiba-tiba kami terserempak dengan abah , anak saudara , adik ipar dan bapanya.Mereka datang menunaikan umrah satu hari selepas kami bertolak.Tidak sangka pula terjumpa di sana.
Seterusnya kami pergi melawat ke masjid Quba' yang merupakan masjid pertama yang Nabi sallalahualaihiwassalam membinanya bersama-sama dengan sahabat-sahabat.Hari itu begitu ramai yang datang sehinggakan kami terpaksa berasak-asak untuk masuk menunaikan solat.Seusai solat kami bergegas keluar kerana masa yang diberikan oleh pihak agen agak terhad , sementelah pula masa kami banyak terbuang ketika bersesak untuk masuk ke masjid.Malangnya apabila keluar didapati kasut ibu yang aku selitkan di tepi dinding masjid sudah tiada.Mungkin ada yang terambil, halalkan saja. Aku memberi ibu sandal yang kupakai
sementara kami berjalan ke kedai untuk membeli kasut. Tidak jauh dari masjid ada beberapa gerai yang kebanyakannya menjual menjual kurma , pakaian dan lain-lain.Namun syukur , tidak lama kemudian kami menemui kedai yang ada menjual kasut. Ibu memilih sepasang dan terus membeli.Maklumlah kerana masa terhad ,kami tidak punya banyak masa untuk memilih.Kami bergegas pula untuk menaiki bas yang telah sedia menunggu untuk membawa kami menuju ke ladang kurma.
Setelah puas mengambil gambar di bawah pohon kurma dan mencuba teh kurma , kami menaiki bas semula untuk pergi ke Jabal Uhud.Di sanalah terdapatnya makam para sahabat nabi termasuk bapa saudara nabi , Saidina Hamzah yang syahid semasa peperangan Uhud.Setelah itu kami bergerak menuju ke Jabal Magnet.Kawasan sekitarnya terdapat bukit-bukit di kiri kanan jalan dan warna bukitnya agak kehitaman.Sesampai di suatu kawasan pemandu bas memberitahu bas terasa semakin berat seperti ada kuasa yang menolaknya ke belakang.dengan kelajuan sederhana .Sehingga di penghujung jalan , bas kami berpatah balik.Setelah beberapa ketika, pemandu membiarkan bas dalam keadaan 'free gear' dan cuma mengawal stereng bas.Anehnya bas terus bergerak dengan agak laju walaupun pada ketika bas menaiki bukit.Menurut kata pemandu , kelajuan boleh mencapai sehingga 180km/jam !.
Diceritakan oleh ustaz yang mengiringi kami , bukit itu ada sejarahnya.Suatu masa dahulu pada zaman nabi mula-mula berdakwah tentang agama Islam , ramai kaum kafir yang berdendam dan ingin membunuh nabi.Sehinggakan nabi terpaksa melarikan diri hingga ke kawasan bukit tersebut.Walau bagaimanapun orang-orang kafir dapat menghidu akan tempat persembunyian nabi.Mereka datang dengan pasukan memanah untuk membunuh nabi.tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.Apabila mereka menghampiri kawasan tersebut, dengan tidak semena-mena mereka semuanya hilang bersama-sama senjata mereka , seperti
disedut oleh satu kuasa. Hanya Allah yang mengetahui apakah yang terjadi kepada mereka semua yang berniat jahat mahu menghapuskan nabi , Allah telah menghapuskan mereka terlebih dahulu.
Setelah ke Jabal Magnet , kami dibawa pula ke kilang Al-Quran.Bagaimanapun ,hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan masuk.Kami kaum wanita diminta menunggu di dalam bas.Setelah itu kami bertolak untuk pulang.Di dalam perjalanan kami melalui masjid Qiblatain dan masjid Tujuh.Masjid Qiblatain mempunyai dua mirhab.Mengikut sejarah , mulanya masjidil Aqsa telah menjadi kiblat bagi umat Islam.Bagaimanapun ia juga telah dijadikan kiblat bagi agama Yahudi.Kaum Yahudi sering mengejek dijadikan kiblat bagi agama Yahudi.Kaum Yahudi sering mengejek nabi dan mengatakan kepada nabi kenapa tidak saja umat Islam mencari tempat lain sebagai kiblat.Nabi lalu memohon petunjuk dari Allah.Pada satu ketika nabi menunaikan solat zohor ,selesai 2 rakaat , diturunkan wahyu supayan menjadikan Masjidil Haram sebagai kiblat , maka nabi mengubah kedudukannya dan meneruskan solat baginda dengan mengadap ke Masjidil Haram.
Pada malamnya, aku , kakak dan adik iparnya bercadang untuk masuk ke Raudah.Bagi kaum wanita,masa masuk ke Raudah amat terhad.Sebenarnya sebelum ini ,sudah beberapa kali kami mencuba untuk masuk.Malangnya ada saja yang menghalang.Mulanya kami diberitahu masa untuk masuk adalah setiap hari , 3 ~ 4 petang , manakala malam pula 11~12 malam.Tetapi apabila kami ke sana, kami tidak dibenarkan masuk.Waktu untuk masuk adalah 1:30 ~ 2 petang , dan malamnya pula 10 ~ 11 malam. Pada satu malam ,aku dan kakakku dan adik iparnya membawa ibu kami cuba memasuki Raudah mengikut laluan yang dikhaskan untuk orang yang berkerusi roda.Aku dan kakakku menyorong kerusi ibu dan adik iparnya menyorong kerusi ibunya.tetapi apabila tiba di Raudah, aku telah ditolak keluar oleh penjaga di situ dan hanya membenarkan ibu dan kakakku , serta adik iparnya dan ibunya saja. Aku cuba menyusup masuk ke Raudah di bahagian depan dan terus berdoa.Namun belum pun habis seperenggan aku berdoa , sekali lagi aku ditolak keluar.Maka pada malam terakhir kami di sana , kami mencuba lagi untuk masuk ke Raudah. Pada waktu Isyak hari itu kami telah terpisah di dalam masjid.Setelah menunggu beberapa ketika , aku tidak menemui mereka , lantas aku pergi ke bahagian hadapan pintu masuk.Di pintu masuk kelihatan sekumpulan jemaah yang kebanyakan mereka dari Indonesia. Aku menyertai mereka berdiri di hadapan pintu.Terdapat juga jemaah berbangsa Arab di situ tetapi mereka telah diarahkan
oleh penjaga di situ untuk pergi ke satu lagi pintu masuk.Setelah agak lama berdiri kami dipanggil ke arah satu kumpulan yang sedang menunggu.Rupanya terdapat beratus lagi jemaah Malaysia dan Indonesia yang ditempatkan di situ.Di dalam kelompok tersebut aku ternampak kakakku ada di antara mereka.Tidak lama kemudian kami berjumpa dengan adik ipar kakakku pula.Kami menunggu di situ agak lama.Dari situ kami nampak kumpulan wanita-wanita Arab telah dibenarkan masuk .Hanya setelah penat menunggu dan kumpulan tersebut semakin berkurang barulah kami dibenarkan masuk.Dalam perjalanan kami diarah duduk menunggu beberapa kali.Kami hanya mampu melihat mereka yang lewat tiba yang dibenarkan menuju ke Raudah , yang kebanyakan mereka wanita-wanita Arab.Sehinggalah apabila hampir dengan Raudah, kami di arah duduk lagi.Seketika kemudian penjaga yang membawa kumpulan kami pergi entah ke mana meninggalkan kami.Kami bangun dan bergerak ke depan.Apabila berada di tepi Raudah keadaan sesak sekali, terutamanya apabila kumpulan wanita-wanita Arab menolak kami. Sehinggakan aku merasa seperti dibelit ular.Di dalam kesesakan itu kami dapat melalui di bawah Raudah.Kakakku dan adik iparnya memberi laluan supaya aku dapat menunaikan solat di situ.Aku segera menunaikan solat sunat hajat pada saf di belakang yang menjadi laluan.Terbayang juga kiranya aku dipijak matilah aku agaknya di situ.Pada rakaat
ke dua , jemaah yang di hadapanku keluar lalu aku bergerak ke hadapan dan meneruskan solat.Syukur ,setelah selamat menunaikan solat , aku keluar dari situ.Di luar ,setelah lama menanti , kami bertiga terjumpa semula.Rupanya mereka menunggu aku di dalam dan
dan aku pula menunggu mereka di luar.
Hari berikutnya merupakan hari terakhir kami di Madinah.Awal pagi , kami melakukan ziarah wida' di makam Rasullullah. Selepas solat jamak Zohor dan Asar , kami pulang ke hotel untuk makan tengahari.Kira-kira pukul 3 petang kami bertolak ke Bir Ali untuk berniat umrah sebelum bertolak pula menuju ke Kota Makkah.Malangnya sesampai di Bir Ali kami dapati tayar belakang bas sebelah kanan telah pancit.Sementara kami pergi ke masjid untuk bersolat dan berniat umrah, bas telah dibawa untuk dibaiki.Agak lama juga menunggu sesudah solat , barulah bas siap dibaiki.Maka perjalanan kami lewat kira-kira lebih sejam.Kami bertolak jam 5 petang.
Dalam perjalanan,pukul 7:30 malam kami singgah di sebuah masjid untuk solat jamak Maghrib dan Isya'.Cuaca di daerah tersebut sangat sejuk hinggakan bibirku menggigil oleh kesejukan.Selepas solat kami meneruskan perjalanan.
Kami tiba di hotel Nibras Reshida , Kota Makkah kira-kira 10 malam. Selesai makan malam kami diberi kunci bilik masing-masing. Aku berkongsi bilik dengan ibuku , manakala kakakku berkongsi bilik dengan keluarga suaminya, sama seperti ketika di Madinah.Agak
malang ,pintu bilik kami tidak boleh dibuka.Rupanya bukan bilik kami sahaja, malah ada dua- tiga bilik lain yang bermasaalah.Ada bilik yang lampunya tidak menyala.Bagaimanapun masalah kami selesai juga akhirnya dan kami bergegas-gegas bersiap untuk ke masjid
menunaikan umrah wajib.Waktu itu sudah lebih 12 tengah malam.Jemaah yang tawaf agak ramai tetapi tidak terlalu sesak.Pada pertengahan tawaf ,salah seorang jemaah kami tiba-tiba berpusing ke belakang dan mencari-cari isterinya yang tiba-tiba terpisah darinya.Bagaimanapun selepas kejadian tidak pula diterangkan kepada jemaah terbabit apa yang sepatutnya dia lakukan , sama ada dia perlu ulang semula ataupun membayar denda.Bagiku oleh kerana jemaah tersebut pertama kali ke sana , adalah menjadi tanggungjawab agen untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat.
Setelah mengerjakan tawaf dan solat sunat , kami berjalan menuju ke tempat lampu hijau untuk berkumpul.Bagaimanapun ada beberapa orang jemaah yang tidak ke sana walaupun setelah kami menunggu beberapa ketika.Kami terpaksa meneruskan bergerak ke arah Safa untuk ibadat Saie.Seperti juga sewaktu tawaf , selesai Saie dan tahalul , beberapa orang jemaah pula terpisah.Kami menunggu menunggu di Marwah seperti yang telah dipesan oleh ustaz kami.Ada jemaah yang pergi semula ke dalam masjid mencari mereka yang
hilang.Akhirnya kami pulang ke hotel pukul 3 pagi.
Pada hari itu setelah menunaikan solat Subuh , aku menyambung tidur kerana agak kepenatan .Apabila bangun , aku rasa tumit kakiku sakit terutama sekali apabila memijak lantai simen.Rupa-rupanya aku dapati tumit kakiku pecah.Oleh kerana ketiadaan losyen badan aku menggunakan krim muka sahaja.Pada siang hari itu aku tidak ke masjid dan hanya duduk di hotel.Pada petang itu suamiku menelefon, seminggu setelah aku di sana.Setelah bertanya khabar dia bertanya adakah Makkah hujan.Dia tanyakan juga adakah aku menonton tv di sana.Sepanjang aku di Makkah mahupun di Madinah , kami tidak menonton tv , tidak tahu apa yang berlaku di luar sana. Dia memberitahu bahawa pada minggu sebelumnya semasa kami di Madinah , telah berlaku gempa bumi yang kuat di Jepun yang mengakibatkan tsunami.Pada ketika dia menelefon itu katanya sudah lebih 1000 orang yang menjadi korban dan masih ramai yang masih hilang.Kawasan gempa adalah satu kawasan yang tidak jauh dari salah satu kilang syarikat yang membekalkan bahan untuk pembuatan produk syarikat kami.Aku kira mungkinakan berlaku masalah pengeluaran sekiranya impak gempa adalah besar.Aku hanya
mampu mendoakan moga-moga keadaan tidak begitu kritikal.
Hari seterusnya kami dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah sekitar Makkah.Tempat yang mula dilawati ialah Jabal Thur, iaitu gua yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar sebelum berhijrah
ke Madinah.Kemudian kami dibawa pula ke Padang Arafah , tempat wukuf bagi jemaah di musim haji.Selepas itu kami dibawa ke Jabal Rahmah , tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah terpisah selama kira-kira 300 tahun.Maka tempat itu dikatakan amat afdal untuk kita mendoakan kasih sayang sesama suami isteri , ahli keluarga mahupun sesama agama.Ustaz ada menceritakan suatu kisah di mana sepasang suami isteri mendatangi Jabal Rahmah , lalu suaminya berdoa dan diaminkan sahaja oleh sang isteri tanpa mengetahui apa yang didoakan.Setelah beberapa bulan , si isteri telah menelefon ustaz dan mengadu suaminya mahu kahwin lagi. Rupa-rupanya suaminya telah berdoa untuk kawin lagi sewaktu di Jabal Rahmah.Mungkin juga berkat kesungguhan si suami berdoa, maka doanya dimakbulkan , wallahualam.Maka pesan ustaz kalau mahu suami berdoa,mintalah dia berdoa dengan kuat agar dapat didengari isteri.
Sebelum menuruni bas untuk ke Jabal Rahmah ,kami dipesan agar berhati-hati apabila didekati tuan punya unta-unta yang berkeliaran di kawasan tersebut.Terdapat sesetengah pelawat yang ditipu oleh tuan punya unta apabila mengambil gambar mereka. Mulanya mereka menawarkan untuk mengambil gambar dengan harga tertentu , tetapi setelah bergambar mereka meminta sejumlah wang yang besar dengan memanipulasi keadaan.Maka ramai jugalah yang tertipu.
Apabila turun dari bas , beberapa orang yang membawa unta merapati dan menawarkan untuk mengambil gambar, tapi kami menolak.Kemudian kami berjalan ke arah Jabal Rahmah.Tiba-tiba aku ternampak ayah mertua dan iparku di hadapan.Aku segera berjalan mendekati mereka.Tidak sangka pula kami berjumpa di sini pula.Bagaimanapun,setelah bergambar kami berpisah mengikut kumpulan jemaah masing-masing.
Di puncak bukit tersebut di sebelah kanannya terdapat batu besar yang ditongkat dengan batang besi.Diceritakan kepada kami ketika nabi menaiki ke bukit tersebut untuk berkhutbah , batu-batu tersebut ingin menurut sama.Namun dihalang nabi , lalu batu-batu tersebut tergantung di atas bukit sana.Oleh kerana tidak mahu ada yang terkejut dengan keadaan batu tersebut , maka ditongkat batu itu dengan batang-batang besi.Cubalah kita fikir-fikirkan , batu pun mahu mendengar kata-kata nabi.Bagaimana pula dengan kita, adakah ajaran yang disampaikan baginda kita turut dan patuh ? Tepuk dada tanyalah iman.
Setelah memanjatkan doa di kaki bukit Jabal Rahmah aku hanya berjalan di kawasan sekitar.Kelihatan ramai juga yang berjalan menaiki bukit hingga ke puncak.Aku tidak upaya untuk naik bukit yang agak tinggi itu.Lagipun kata ustaz , nabi hanya berdoa di bawah , tidaklah sampai ke puncak sana.
Dari situ kami bergerak ke Mudzalifah pula , di sanalah jemaah haji mengutip batu untuk melontar ke jamrah.Kemudian kami melalui satu kawasan berbukit di mana di atas sana dikatakan tempat nabi Ismail hendak dikorbankan.Selepas itu kami melalui Mina, tempat bermalam para jemaah haji.
Kemudian kami bertolak pula ke Jaranah untuk bermiqat di sana.Pada kali itu aku berniat umrah sunat yang pertama ke atas diriku.Setelah bermiqat kami balik menuju ke Makkah.Dalam perjalanan kami melalui Jabal Nur .Di atasnya terdapat gua Hira' di mana
di situlah tempat turunnya wahyu pertama ke atas nabi kita.
Pada hari berikutnya , aku dan ahli keluargaku pergi ke Tanaim bermiqat untuk umrah yang seterusnya.Aku berniat mengerjakan umrah untuk arwah abah. Walaupun kami pergi ke Tanaim bersama , kami pergi melakukan Tawaf berasingan.Seperti sebelumnya aku pergi bersendirian.Pada hari itupun seperti selalu laluan tawafku agak hampir dengan Kaabah.Ketika pusinganku menghampiri pusingan ke lima , tiba-tiba aku didatangi seorang pemuda dan bertanya jika aku mahu mencium Hajarul Aswad.Pada ketika itu aku hanya memikirkan apakah Allah mahu memberiku jalan? Tapi aku katakan juga yang aku belum selesai tawaf.Dia mengatakan tidak mengapa , nanti boleh sambung semula.Lalu aku mengikutnya menuju ke Hajarul Aswad.Dia dan kawan-kawannya seperti mengawal aku dari kumpulan jemaah yang bersesak di hadapan Hajarul Aswad.Aku hanya berzikir dan berdoa agar dipermudahkan
urusanku.Akhirnya dapat juga mencium Hajarul Aswad.Kemudian aku di bawa ke tepi.Aku telah diminta oleh pemuda itu sejumlah bayaran yang agak besar.Dari situ barulah aku faham bahawa di depan Kaabah juga rupanya ada juga orang yang mengambil kesempatan
Namun aku redha kerana bagiku apalah nilai sejumlah wang itu untuk disamakan dengan peluang mencium Hajarul Aswad.Setelah itu aku menyambung tawafku. Aku berdoa agar mereka tadi diberikan petunjuk dan dapat mencari rezeki yang halal dengan tidak menindas
diberikan petunjuk dan dapat mencari rezeki yang halal dengan tidak menindas orang lain.Bagaimanapun kejadian itu tidak kuceritakan pada sesiapa sepulangnya aku ke hotel.
Seterusnya pada hari berikutnya pula kami ke Tanaim lagi untuk bermiqat.Kali ini aku berniat melakukan umrah untuk arwah ibu mertuaku pula.Setelah melakukan tawaf aku cuba memasuki Hijr Ismail.Sebenarnya sudah beberapa kali aku mencuba tetapi belum berpeluang.Beberapa malam sebelumnya hujan melanda Makkah.Oleh sebab itu Hijr Ismail ditutup.Kenapa ia ditutup, aku tidak pasti.Hinggalah pada hari itu , keadaan cerah .Aku amat berharap dan berdoa agar berpeluang bersolat di dalamnya.Syukur, pada kali itu ketika aku melalui sebelah Hijr Ismail ia dibuka dan kelihatan dipenuhi jemaah yang bersolat.Aku terus berdiri di hadapan dan menunggu jika ada jemaah yang selesai bersolat , aku tidak berlengah mencari ruang kosong untuk bersolat di situ. Aku amat bersyukur kerana diberi peluang olehNya bersolat sunat di dalam Hijr Ismail.Selesai solat , aku segera keluar untuk memberi
peluang jemaah lain pula untuk solat di situ.
Dua hari setelah kejadian di depan Kaabah barulah aku menceritakan pada ibuku. Dia agak terkejut dan memberitahu aku perlu membayar dam kerana Hajarul Aswad itu telah disapu wangian , jemaah yang tawaf tidak boleh terkena wangian.Aku akur, dan mengakui mungkin salahku juga tidak mempersiapkan diriku dengan ilmu secukupnya sebelum ke sana, ataupun tidak mendengar pesanan ustaz mengenai perkara tersebut.Maka aku katakan tidak mengapa , biarlah aku bayar sahaja.Ibuku menyarankan aku berjumpa dengan ustaz.Ustaz sependapat dengan ibuku, aku harus membayar dam.kebetulan pula bersama ustaz , ada seorang ustaz lain yang biasa menguruskan masalah dam.Katanya bayaran dam 250 riyal , urusan penyembelihan 50 riyal , jumlahnya 300 riyal.Bagaimanapun katanya, sebahagian daging boleh diambil dan diberi makan kepada orang lain.Jadi dia mencadangkan kalau mahu dia boleh menyediakan masakan.Cuma memerlukan wang untuk membeli bahan-bahan masakan.Jadi aku menyerahkan 330 riyal kesemuanya.
Hari seterusnya hari Khamis , kami berpuasa sunat.Pada petangnya kami dibawa ke Taif , dengan bayaran 150 riyal seorang. Melawat ke Taif sebenarnya memerlukan visa dan peluangnya bukan selalu ada.Kata penganjur kami dikira bertuah kerana mendapat visa dan seharusnya kami tidak melepaskan peluang untuk ke sana.Bagaimanapun jika ada sesiapa yang tidak mahu ke sana mereka masih boleh berbuat demikian.Ada juga beberapa orang jemaah yang tidak pergi kerana sebab-sebab mereka tersendiri.
Oleh kerana kami bertolak agak lewat , kami sampai di sana juga lewat.Dari Makkah ke Taif jauhnya lebih 100km.Perjalanan mengambil masa lebih dua jam.Kami sampai di sana sudah hampir Maghrib.Kami singgah untuk bersolat di masjid yang berhampiran dengan pasar buah-buahan.Setelah solat kami pergi ke pasar dan membeli beberapa jenis buah-buahan.Sebenarnya Taif merupakan satu daerah yang unik.Diceritakan oleh ustaz , dahulunya Taif adalah daerah yang tidak ada apa-apa keistimewaan.Pada ketika nabi dilahirkan , ibunya telah mencarikan ibu susuan untuknya.Adalah menjadi satu kebiasaan bagi wanita Arab untuk mencarikan ibu susuan untuk bayi mereka dengan harapan anak mereka nanti akan menjadi lebih cerdik.Setelah dicari, maka dapatlah nabi ibu susuan ,Siti Saadiah yang berasal dari daerah Taif.Semenjak itu , dengan kuasa Allah , keistimewaan nabi telah menjadikan Taif yang dulunya kawasan tandus menjadi kawasan sejuk dan subur untuk tanaman.Hinggalah ke hari ini, Taif kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Dalam perjalanan pulang kami singgah di satu tempat yang punya sejarahnya tersendiri.Ketika sampai di situ hari sudah pun gelap , hujan renyai-renyai sejak kami sampai lagi.Cuaca memang sejuk.Kami turun dari bas juga.Dari tepi jalan kami menaiki tebing
di mana di situ terdapat satu kawasan seperti terowong kecil.Di dalamnya terdapat satu tempat berbentuk mimbar.Ustaz menceritakan di situ pernah menjadi tempat nabi bersolat.Manakala di kawasan bukit berdekatan kelihatan di atas sana terletak satu bongkah batu yang besar di puncaknya.Ia kelihatan seperti mahu jatuh.Di awal dakwah nabi , ramai orang-orang kafir yang tidak senang dengan nabi dan mencari peluang untuk membunuh baginda.Mereka tahu di mana baginda selalu bersolat.Lalu dari puncak bukit itu mereka merancang untuk menolak bongkah batu itu ketika nabi bersolat.Jibrail telah memberitahu nabi akan rancangan jahat mereka dan
mahu menghempap mereka dengan batu tersebut.Namun nabi menghalang.Maka kesannya kita dapat lihat hingga kini bongkah batu tersebut di atas puncak seperti hampir jatuh saja kelihatannya.
Kami pulang dan sampai di hotel jam 11 malam.Semenjak senja tadi aku rasa kurang selesa.Rupa-rupanya rezekiku untuk beribadat hanya setakat hari itu.Namun aku amat bersyukur dapat melakukan ibadah di Madinah dan Makkah.Sekurang-kurangnya Allah telah beri peluang untukku melakukan umrah wajib dan sunat serta tawaf sunat juga beberapa kali.Walaupun impianku untuk melakukan umrah sunat sebanyak 7 kali yang dikatakan ganjarannya seperti satu haji, aku tetap bersyukur.Bagaimanapun setelah pulang, ada yang mengatakan bahawa 7 kali umrah yang ganjarannya seperti satu haji itu adalah dari hadis dhaif.Hakikatnya , nabi tidak pernah melakukan umrah sunat beberapa kali dalam satu-satu masa.Apa yang penting kesungguhan dalam melakukan ibadah, iaitu kepentingan qualiti ibadat lebih baik dari kuantiti.
Keesokannya aku meminta tolong seorang yang biasa menyediakan kami makanan untuk membawa aku dan ibu ke kedai yang menjual baju kemeja untukku belikan buat suami dan anak lelakiku.Memang banyak terdapat bazar di kawasan berdekatan hotel, tetapi kedai yang menjual pakaian lelaki yang bersesuaian tidak kutemui.Oleh kerana dia sudah biasa dengan kedai-kedai di sana, dia bersedia untuk menolong.Kami pergi ke kawasan berdekatan hotel Hilton dengan menaiki teksi.Sampai di sana kami berjalan menuju kawasan kedai yang katanya terdapat banyak pilihan.Malangnya ketika kami melalui pinggiran masjid , tiba-tiba ibu tergelincir dan kakinya seperti terseliuh.Mujur juga ketika itu aku memimpin ibu berjalan,jadi dia tidak terus jatuh terduduk.Oleh kerana ibu tidak mampu berjalan jauh, kami tinggalkan ibu di tepi hotel dan pergi ke kedai kemeja tersebut.Setelah membeli, kami segera mendapatkan ibu dan pulang ke hotel.
Malam itu ibu mendapatkan khidmat dari tukang urut wanita Indonesia.Sementara itu aku turun ke dewan makan untuk majlis tahlil yang dianjurkan.Ustaz mengatakan majlis itu diringkaskan kerana di sana majlis seperti itu dikira bidaah.Sewaktu aku di tempatku , ustaz pengajian kerap mengatakan bahawa tahlil adalah satu bidaah.Tidak ada istilah bidaah hasanah.ianya berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Maidah ,yang bermaksud "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku lengkapkan untuk kamu nikmatKu dan Aku redha Islam sebagai agama bagi kamu".
"Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah , sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk nabi Muhammad Sallalahualaihiwassalam , dan seburuk-buruk perkara adalah perkara-perkara baru yang diada-adakan, dan setiap perkara baru adalah bidaah" (hadis Jabir ibnu Abdullah).Maka dalam hal urusan agama bukanlah kita untuk memandai-mandai menokok tambah amalan-amalan yang tidak pernah dilakukan oleh nabi kita.Bukan kita untuk mengatakan amalan itu baik , apa salahnya ? Pemikiran seperti itu mesti dielakkan untuk mengelak kita tergelincir dari jalanNya.Amalan yang dilakukan itu membuatkan aku terfikir apakah ia akan menjejaskan amalan umrahku di sana.Aku beristighfar , moga-moga Allah mengampunkan kami yang mungkin masih jahil dan perlu banyak belajar.Aku masih belum cukup kuat untuk menegakkan apa yang kuyakini kebenarannya.Bukan mudah untuk
menerangkan jika amalan tersebut telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan orang ,apatah lagi jika ia diketuai orang-orang yang bukan calang-calang ilmu agamanya.
Hari berikutnya kami ke Hudaibiyah untuk bermiqat bagi yang merancang untuk melakukan umrah lagi. Sebelum itu , kami pergi ke ladang unta.Kami membeli sebotol susu unta yang berharga 5 riyal.Pertama kali aku mencubanya.Rasanya tidaklah pelik dan tidak hanyir.Di sana juga kami mengambil kesempatan untuk bergambar.Ketika mengambil gambar , aku dihampiri oleh seorang jemaah.Katanya dia ada satu permintaan dan minta dirahsiakan.Katanya dia menghadapi masalah kewangan dan ingin berhutang. Rupanya dia juga mengalami kejadian seperti yang kualami di hadapan Kaabah , sebahagian wangnya telah diberikan pada orang
yang membawanya mencium Hajarul Aswad.Aku katakan padanya aku juga mengalami nasib sama dan tidak punya wang lebih kerana telah diberikan pada mereka-mereka itu yang entah berapa jemaah yang mereka pergunakan , juga bayaran dam.Aku tanyakan mengapa dia tidak menceritakan sahaja masalahnya kepada keluarganya , tentu mereka akan menolong.Dia katakan tidak mahu membuat ibunya atau keluarganya yang lain susah hati.Lalu aku katakan padanya untuk cuba berhutang dengan ibuku.Seperti dijangka ibuku bertanya siapa yang mahu berhutang, tetapi aku tidak memberitahu ibu kerana telah dipinta olehnya untuk menyimpan
rahsia.Untuk meyakinkan ibu , aku katakan padanya , kami akan menyediakan surat perjanjian untuk membayar hutang dan disaksikan oleh seorang ustaz , yang juga diminta merahsiakan hal itu dari sesiapa.Maka perkara itu menjadi rahsia kami bertiga.
Pada hari sebelum pulang kami berjalan beramai-ramai menuju ke Maala , perkuburan bagi jemaah yang meninggal di Makkah. Jarak hotel dengan perkuburan tidak sampai satu kilometer.Di pertengahan jalan kami melalui masjid Jin.Perkuburan Maala agak berdekatan dengan masjid Jin.Di situ kami ditunjukkan maqam Saidatina Khadijah , isteri kesayangan nabi.Makamnya mudah dikenali kerana di perkuburan itu cuma ada sepohon pokok dan di bawahnyalah terdapat maqam Siti Khadijah.
Pada hari sebelum pulang kami berjalan beramai-ramai menuju ke Maala , perkuburan bagi jemaah yang meninggal di Makkah.
Pada hari terakhir kami di Makkah , paginya kami ke masjid melakukan tawaf wida' , ataupun berdoa di sana bagi yang keuzuran. Setelah itu kami pulang semula ke hotel menunggu ketibaan bas yang akan membawa kami ke Jeddah.Pukul 9 pagi kami berangkat pulang
meninggalkan kota yang penuh keberkatan itu.
Di Jeddah kami melalui masjid Qisas , masjid di mana di situlah tempat hukuman dijalankan.Bagi pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan membunuh akan dihukum bunuh , manakala pencuri akan dihukum potong tangan.Itupun setelah mereka benar-benar dibuktikan akan kesalahan mereka.Setelah melalui masjid berkenaan , kami melalui pula maqam Siti Hawa yang dikatakan panjangnya 70 hasta.
Kemudian kami singgah di masjid Terapung di pinggir Laut Merah.Dikatakan bahawa jika ada orang yang mengalami sakit kulit, gatal-gatal, elok disapu dengan air laut di situ , jika diizinkan Allah maka akan sembuhlah penyakitnya.Kami makan tengahari di sana sebelum bertolak menuju lapangan terbang Jeddah.
Kami sampai di sana agak awal.Tidak lama kemudian masuk waktu zohor.Aku membawa ibu untuk bersolat di surau yang tidak berapa jauh tempat kami menunggu.Bagaimanapun untuk masuk ke surau ibu perlu berjalan.Bagi ibu yang menggunakan kerusi roda , agak sukar baginya.Jadi aku mencadangkan ibu solat saja di hadapan surau di atas kerusi roda.Setelah ibu selesai bersolat aku membawa ibu balik ke tempat menunggu kami.Di sana ada jemaah yang tidak bersolat.Bila ditanya katanya tidak upaya untuk untuk berjalan jauh ke surau.Entahlah..semestinya setelah mengerjakan umrah , setiap jemaah lebih mengambil berat akan amalan-amalan mereka terutamanya solat yang menjadi kewajipan tidak kira dalam apa jua keadaan.Lantas ibu menawarkan kerusi roda yang ibu pakai untuk digunakannya.Setelah dia bersetuju, aku membawanya ketandas dan kemudian ke surau.Apabila hampir dengan surau katanya dia terlupa membawa telekung.Mungkin sudah menjadi kebiasaan sesetengah orang yang fikirnya tidak boleh bersolat tanpa telekung.Kulihat dia memakai jubah , bertudung dan bersetokin.Lalu kukatakannya padanya pakaiannya sudah cukup menutup aurat.untuk membolehkan dia bersolat.Dia pun masuk ke surau untuk bersolat.Setelah selesai kubawa dia ke tempat kami tadi.
Kami bertolak dari Jeddah pukul 4:50 petang dan sampai ke Abu Dhabi kira-kira 8:30 malam waktu tempatan.Penerbangan dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur pula pukul 2:50 pagi dan sepatutnya sampai pukul 2 petang.Bermakna kami perlu berada di dalam
Kami bertolak dari Jeddah pukul 4:50 petang dan sampai ke Abu Dhabi kira-kira 8:30 malam waktu tempatan.Penerbangan
lapangan terbang selama 6 jam.Sempat jugalah aku menjengok facebook dan berchatting dengan anakku yang kebetulan sedang online.Kemudian dalam masa yang agak panjang itu dapat jugalah aku merehatkan badan dan merebahkan badan di lantai, di bawah deretan-deretan kerusi di situ.
Akhirnya kami selamat pulang ke tanah air seperti yang dijadualkan.Seperti jemaah-jemaah lain yang telah ke Makkah, harapan kami cuma satu , mendapat umrah yang mabrur.Mungkin bukan mudah untuk mendapatkannya.Masih aku ingat cerita ustaz, pada satu ketika nabi menunaikan haji bersama-sama 60,000 jemaah , nabi mengatakan di antara mereka hanya 10 orang jemaah yang mendapat haji mabrur.Jika pada ketika itu terlalu sedikit yang mendapatnya , apatah lagi pada zaman sekarang, amatlah beruntung mereka-mereka yang mendapat haji atau umrah yang mabrur.Sebagai insan kerdil, setiap kita pasti berkeinginan mendapat manfaat dari apa yang kita kerjakan dengan ikhlas.
Sunday, July 18, 2010
HPA - Kopi radix
RADIX :
Radix bermaksud akar. Ia mengandungi 7 khasiat herba yang amat berguna untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.Ia juga mengandungi 4 unsur keseimbangan ( tanah , air , api dan angin).
1) Tongkat ali (mengimbangi unsur angin).Antara khasiatnya :
- Mengembalikan tenaga segera
- Melancarkan perjalanan darah
- Memanaskan badan
- Ramuan lepas bersalin
- Ransangan seks
- Penawar racun
- Menurunkan darah tinggi
- Merawat batuk kering
- Merawat kecacingan
- Mengurangkan sakit tulang (tongkat ali HPA adalah dari tongkat ali putih yang mengandungi banyak kalsium)
- Meredakan gatal badan
- Merawat demam kuning
- Merawat cirit-birit
2) Teja lawang(mengimbangi unsur api). Antara khasiatnya :
- Mencegah demam
- Menambah tenaga
- Merawat asma / kepenatan
- Merawat batuk
- Merawat masalah tulang belakang
- Merawat masalah angin
3) Mengkudu hutan , mengandungi banyak vitamin-C (mengimbangi unsur angin).Antara khasiatnya :
- Melegakan sakit perut
- Menambah selera makan
- Merawat sakit kepala
- Merawat demam
- Merawat buasir
- Merawat insomnia
4) Tebu gajah (mengimbangi unsur air).Antara khasiatnya :
- Penawar demam
- Penawar racun
Kaffien yang terdapat di dalam kopi boleh melemahkan jantung.Tebu gajah yang terdapat di dalam kopi radix menawarkan kaffien sehingga tinggal 0.001% sahaja dan jumlah sedemikian tidak membawa mudarat kepada tubuh.
5) Mata pelanduk (mengimbangi unsur tanah). Khasiatnya :
- Untuk awet muda
6) Larak hutan (mengimbangi unsur tanah).Khasiatnya :
- Elok untuk ibu bersalin
- Banyakkan susu ibu
7) Halban hitam(mengimbangi unsur angin).
Tips :
Untuk diet : minum kopi radix 6 sachet sehari
Jika terasa hendak demam : minum segera 2 sachet kopi radix
Ketagihan merokok : minum kopi radix 6 sachet sehari .Tetapi hendaklah diiringi dengan azam yang tinggi.
Wanita mengandung : Disarankan mengamalkan minum kopi radix.Mudah-mudahan bayi yang lahir sihat , tidak mudah kena demam kuning dan cepat berjalan
Radix bermaksud akar. Ia mengandungi 7 khasiat herba yang amat berguna untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.Ia juga mengandungi 4 unsur keseimbangan ( tanah , air , api dan angin).
1) Tongkat ali (mengimbangi unsur angin).Antara khasiatnya :
- Mengembalikan tenaga segera
- Melancarkan perjalanan darah
- Memanaskan badan
- Ramuan lepas bersalin
- Ransangan seks
- Penawar racun
- Menurunkan darah tinggi
- Merawat batuk kering
- Merawat kecacingan
- Mengurangkan sakit tulang (tongkat ali HPA adalah dari tongkat ali putih yang mengandungi banyak kalsium)
- Meredakan gatal badan
- Merawat demam kuning
- Merawat cirit-birit
2) Teja lawang(mengimbangi unsur api). Antara khasiatnya :
- Mencegah demam
- Menambah tenaga
- Merawat asma / kepenatan
- Merawat batuk
- Merawat masalah tulang belakang
- Merawat masalah angin
3) Mengkudu hutan , mengandungi banyak vitamin-C (mengimbangi unsur angin).Antara khasiatnya :
- Melegakan sakit perut
- Menambah selera makan
- Merawat sakit kepala
- Merawat demam
- Merawat buasir
- Merawat insomnia
4) Tebu gajah (mengimbangi unsur air).Antara khasiatnya :
- Penawar demam
- Penawar racun
Kaffien yang terdapat di dalam kopi boleh melemahkan jantung.Tebu gajah yang terdapat di dalam kopi radix menawarkan kaffien sehingga tinggal 0.001% sahaja dan jumlah sedemikian tidak membawa mudarat kepada tubuh.
5) Mata pelanduk (mengimbangi unsur tanah). Khasiatnya :
- Untuk awet muda
6) Larak hutan (mengimbangi unsur tanah).Khasiatnya :
- Elok untuk ibu bersalin
- Banyakkan susu ibu
7) Halban hitam(mengimbangi unsur angin).
Tips :
Untuk diet : minum kopi radix 6 sachet sehari
Jika terasa hendak demam : minum segera 2 sachet kopi radix
Ketagihan merokok : minum kopi radix 6 sachet sehari .Tetapi hendaklah diiringi dengan azam yang tinggi.
Wanita mengandung : Disarankan mengamalkan minum kopi radix.Mudah-mudahan bayi yang lahir sihat , tidak mudah kena demam kuning dan cepat berjalan
Tuesday, June 22, 2010
HIMPUNAN PELBAGAI PETUA KECANTIKAN
1) Menghilangkan Parut Jerawat :
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. InsyaAllah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
2) Menghilangkan Tahi Lalat :
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera.
3) Bibir Merah Semulajadi :
Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
4) Melebatkan Bulu Kening :
Ambil daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
5)Wajah licin Berseri :
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker,biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu.
6) Naikkan Seri Wajah/Muka :
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda.
7) Melicinkan Wajah :
Ambil buah tomato, makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus.
8) Memerahkan Bibir :
Ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu.
9) Menghilangkan Lebam di Bibir :
Ambil halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu ke bibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri.
10)Melembabkan bibir :
Ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam.
11)Menghilangkan Hitam di Muka dan jerawat :
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu, sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik-bintik hitam dan jerawat jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya.
12) Awet Muda :
Bangun pagi dari tidur,minum air masak atau air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur.
13)Muka Berseri :
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya Allah, wajah anda akan berseri-seri. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut.Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.
14) Kulit Sentiasa Tegang :
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telur dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sekali setiap minggu.
15) Menghilangkan jerawat batu :
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
SELAMAT MENCUBA, MUDAH-MUDAHAN WAJAH KITA SECANTIK HATI KITA
JANGAN !
- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki , takut kalau-kalau terbawa najis , mengotori rumah kita.
- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing .Makruh kerana ia membahayakan.
- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh & mewarisi kepapaan.
- Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat).
- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.makruh & mewarisi kepapaan.
- Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa & sesama manusia kalau memang kita yang bersalah.
- Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita, hilang bahagia.
- Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong bila berjaya.kalau gagal kecewa pula.
- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur & memurahkan rezeki kita.
- Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik & menghilangkan kasih orang kepada kita.
- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama & hidup di sana lebih lama & kekal selamanya.
- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)